Monday, July 15

3. Going through a heartbreak (part 3)

Assalamualaikum :)

Fast forwardkan kehidupan aku, Alhamdullilah aku bersyukur sangat dapat sambung belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Fun fact yang ramai tak tahu, bukan semua student dekat sini bakal cikgu untuk anak-anak anda. UPSI jugak ada sediakan kos Ijazah Sarjana Muda (ISM) bukan pendidikan walaupun secara dasarnya universiti ini bernama universiti pendidikan haha. Antara contohnya macam course Gaming, Animation, Psychology and so many more. Jadi banyak lah jugak student UPSI yang tak mengambil kos pendidikan, termasuklah aku. Course yang aku ambil; Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan kepujian.

Lepas aku decide nak berhenti degree Sains Tanaman pada tahun 2018, aku mohon lah balik UPU dan seangkatannya untuk intake September 2018. Bukan rezeki aku pada masa tu, sedihnya permohonan aku ditolak. Malah rayuan aku pun tak diterima hmm. Sedihnya aku masa tu, hanya tuhan je yang tahu. Aku rasa macam diri ni tak berguna sangat. Dah lah university dropout, nak masuk universiti pun tak diterima. Menangis aku sendirian dekat bilik :( Tapi Alhamdulillah, aku ada family yang supportive yang selalu naikkan semangat aku (kalau family aku baca ni mesti diorang cringe habis haha). Maybe doa diorang terutamanya my mom, membuatkan aku tak putus asa. So aku ambil alternatif lain selain UPU iaitu permohonan direct terus ke universiti. Banyak jugaklah universiti yang aku mohon antaranya UIA, UMP, UTM, UPSI and etc. Aku tak berani sentuh universiti swasta sebab yurannya fuh, menangis. Aku pun bukan keluarga yang have-have dan aku tak nak bebankan diorang.

Dan permohonan direct terus ke universiti ni bukan lah senang ya tuan-puan. Setiap borang dijual berasingan mengikut universiti dengan harga yang berasingan. Seingat aku, bayaran untuk borong UIA RM100, UTM lebih kurang RM30, UMP free, dan UPSI lebih kurang RM20. Kalau nak lebih pasti boleh ke laman rasmi universiti tersebut. Pembelian borong ni pun ada masa yang ditetapkan so pemohon semua kena sentiasa alert dengan announcement dari setiap universiti. At that time, itu lah kerja aku. Check announcement dan e-mail setiap hari. Harapan tinggi setiap hari bukak e-mail harap ada berita baik dari pihak universiti. Bila dah dapat e-mail, paling menghampakan bila dah tunggu berbulan-bulan, bukak je e-mail kebanyakkannya terus terbaca "Maaf permohonan anda tidak berjaya". Lagi sekali jiwa ini diremuk begitu saja. Aku redha. Dalam banyak-banyak permohonan aku, hampir semua ditolak. Tinggal hanya 2 lagi universiti yang tak maklumkan lagi keputusan; UPSI dan UMP.

Pada hari Rabu atau Khamis minggu ke-3 bulan Januari, keputusan untuk pengambilan pelajar UPSI diumumkan. Punyalah berdebar rasa nak tercabut jantung masa nak check keputusan lol. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah, aku diterima. Alhamdulillah. Excitednya aku sampai aku kejutkan mak aku yang tengah tidur hahaha. Bangun je tidur, terkejut mak tengok aku menangis. Lepas aku bagitau keputusan, mak tak putus-putus ucapkan terima kasih kepada Allah. Fuh sampai sekarang aku masih rasa seronok dan bersyukur. Nak menangis aku masa tulis post ni. Memang nampak macam drama sinetron TV3, tapi memang berlaku dekat dunia nyata hahah.

Persiapan untuk pendaftaran pun proses yang amat merumitkan. Setiap borang yang sudah diisi perlu mendapatkan tanda tangan pihak yang berjawatan tinggi dan mempunyai cop seperti pengetua sekolah, pensyarah universiti dan pekerja kerajaan yang bergred tinggi. Oleh kerana keluarga aku tak ada yang berjawatan tinggi, aku pergi ke pejabat tanah untuk mendapatkan tanda tangan pekerja disitu. Setelah beberapa kali cubaan untuk mendapatkan tanda tangan, Alhamdulillah berjaya jugak. Terima kasih Encik yang sudi menanda tangankan borang saya. Jasamu amat dikenang. Dah selesai proses tersebut, aku pergi membayar yuran pendaftaran di Bank Islam dan membeli segala barang kelengakapan asrama seperti baldi, gayung dan sebagainya.

Dan selepas itu, hari pendaftaran, minggu orientasi dan sesi pembelajaran berjalan dengan lancar dengan izin Allah dan sekali lagi, Alhamdulillah, aku dah selesai semester satu disini. Dramatik sungguh ayat macam dah habis degree je hahaha.

Itu je cerita hari ni. Thank you semua :)

Going through a heartbreak series is done! ❤️